Tuesday 29 April 2014

My Bapa

                                                                            
                                                                          My Hero
Dia adalah kepala kelurga.Orang yang paling kuat bekerja yang pernah aku jumpa.Tidak pernah mengeluh walaupun keluarnya pagi dan baliknya malam untuk memastikan segalanya cukup untuk kelurga tercinta.Kadang aku tidak sempat bertemunya kerana dia keluar ketika aku masih lena dan pulang ketika aku sudah dibuai mimpi.Sungguh dulu aku tidak tahu itu.Biar dia sahaja susah katanya. 
Kerana dia tahu itulah tugasnya.


My Man
Dia yang selalu ada untuk kelurganya.Memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya.Mengajarkan ilmu yang cukup untuk bekalan si anak di masa depan walau dia sendiri tidak terpelajar.Tapi dialah guru terbaik yang pernah aku punya.Tidak lekang nasihat yang dicurahkan.
"Jangan kau menangis kerana miskin"
"Biar orang buat jahat dengan kita,jangan kita buat jahat dengan orang"
"Jangan diharap nasi orang"
Itulah antara kata mutiara yang aku akan ingat sampai bila-bila dan akan aku perturunkan kepada anakku kelak.Kata-katanya kini menjadi penguat kepada aku untuk terus berusaha dan bangkit ketika mulai jatuh.


My Savior
Orang yang paling bangga ketika anaknya berjaya naik ke pentas kerana menjadi pelajar cemerlang.Orang yang paling risau ketika anaknya dimasukkan ke hospital kerana sakit.Orang yang paling bahagia ketika tahu anaknya gembira.
  
 My King
Untuk aku gambarkan dirimu yang sebenar adalah amat sukar. Kau tidak pernah menangis apabila kau jatuh. Kau tidak tunjukkan mukamu yang keruh apabila kau lelah.Kau tidak tunjukkan kekesalanmu apabila kau terkilan dengan anakmu.Kau menanggung semuanya seorang diri.Kau selalu tersenyum tapi aku tidak tahu apakah kau benar-benar bahagia disebalik senyumanmu itu.
Kalau ditanyakan apakah perkara yang aku paling aku inginkan berlaku,akan aku jawab 
" aku ingin menunjukkan kejayaanku kepada bapaku "
Tapi sayang belum aku sempat memberikan apa-apa kepadamu.Belum sempat aku tunjukkan kejayaanku.Belum pernah aku buktikan kepadamu bahawa kau lah superhero terhebat di mata aku.Yang paling kuat dan tidak mungkin kalah.


Bapaku ada di hati aku, dia dan mereka.
Dia melambai ketika kereta putihnya melintasi kawasan kejiranan.
 Dia senyum dengan memakai baju putihnya yang rapi.
Dia akan dirindukan oleh aku, dia dan mereka.
Tetapi dia lebih bahagia di sana.
Kerana di sana dia akan melambai dan tersenyum
Kepada aku,dia dan mereka.
 Dengan senyuman yang paling indah dan bahagia.



 
 

Saturday 26 April 2014

Rice cooker

           Rice cooker ? kali ni nak crita pasal rice cooker yang banyak berjasa sepanjang midsem break baru-baru ni..hahaha rice cooker ni aku dapat dari kawan abang aku yang dah habis master di UKM ni jugak..kenapa rice cooker ni berjasa sebab sepanjang midsem break baru-baru ni kafe buka sampai pukul 6 petang ja pastu tu tiap ujung minggu tutup.
            Kami pun cari alternatif untuk memastikan perut kami ni tidak sedih dengan memasak sendiri guna rice cooker aku.hahaha kawan aku siap beli beras , telur , sosej , isi ketam dan bubur ready made tu sebagai bahan-bahan untuk aktiviti masak-masak kami ni.. satu percubaan berani mati jugak la sebab takut jugak kalau-kalau siren utk smoke detector tu berbunyi tapi Alhamdulillah semuanya berjalan mengikut perancangan.
         Kami 4 sekawan pun berusaha lah sehabis baik untuk memastikan makanan yang kami sediakan ni dapat dimakan."survivor" tu la perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan kami pada masa tu.
         Sangat manis pengalaman kami sepanjang midsem break kali ni.masak bersama, makan bersama , cuci pinggan bersama, belajar bersama, pergi toilet bersama ,tidur bersama.

untuk itu aku ucapkan terima kasih kerana telah menambahkan warna yang indah dalam lipatan memori aku kawan !! 

4 karakter,4 warna,4 cerita,4 huruf. "LOVE"

sup meggi. menu pertama
"presentation kena cantik untuk membangkitkan selera makan" katanya..

meggi goreng penuh dengan kasih sayang
telur dadar ~~ srumble egg
menu paling sedap
jangan dinilai pada rupanya

minta abang Dominos tolong masakan dinner sebab malas

Cameron Highland part 2

         
          Dalam entry kali ni aku nak sambung cerita aku masa dah sampai di Ipoh..Setelah hampir 3 jam perjalanan dari Pudu baru lah aku sampai di Terminal Aman Jaya.Perasaan aku masa tu sangat lah hebat sebab aku dah rasa macam orang besar sebab mampu untuk jalan ke tempat yang jauh walaupun aku sendiri.syukur kepada Allah kerana meletakkan aku di bawah lidunganNya sehingga aku sampai ke Ipoh.
          Aku tinggal di asrama cousinku di IPG Ipoh.IPG yang sama di mana Zul Fikri Zamir yang tulis buku SBPUBK pernah belajar dulu :)..Pada sebelah malam aku dibawa makan bersama dengan kawan cousinku.Di situ aku banyak dengar cerita mereka yang tengah buat praktikum di sekolah Cina..oh ya mereka ni semua ambil subjek Bahasa Melayu.
          Kebanyakan murid di sekolah tu tidak pandai berbahasa Melayu dan merupakan satu cabaran yang besar bagi bakal-bakal guru muda ini untuk mengajar..cousinku bernama Linda juga dipanggil "Cikgu Tinta" .Kawannya yang bernama Zaim dipanggil "Cikgu Zalim"..Aku yang hanya mendengar pun sudah merasakan kesusahan dan kepayahan apatah lagi mereka yang harus mengajar anak-anak ini supaya faham dan dapat menggunakan Bahasa Melayu.Baru aku tahu betapa susahnya kerjaya sebagai seorang guru.Yang sememangnya mereklah insan yang bertanggungjawab untuk memanusiakan manusia melalui ilmu yang dicurahkan.
          Kami telah merancang untuk pergi ke Cameron Highland untuk berjalan-jalan sambil menenangkan fikiran dengan keindahan alam.Aku yang paling excited sebab tu kali pertama sampai ke Cameron Highland.antara tempat yang kami pergi ialah ladang teh,strawberry farm,Cactus Point dan pasar yang ada jual banyak benda dan yang paling best sebab ada jual bunga segar dengan harga yang murah.tapi sayang UKM terlalu jauh untuk aku bawa bunga tu pulang ke sini.  
         
Gambar kenangan dari perjalanan yang penuh cerita

Kaktus yang aku beli sebagai "benda hijau" yang akan menyerikan bilik aku

Bunga yang sangat cantik.

Friday 25 April 2014

Cameron Highland part 1



        Cuti midsem baru-baru ini aku dapat satu pengalaman baru..ni semua sebab tak dapat balik Sabah sebab harga tiket mahal.Aku dapat idea untuk pergi bercuti ke tempat cousin aku yang tengah study di IPG Ipoh.

        4 April tu aku dengan yakin naik KTM untuk pergi ke BTS.Pastu aku naik monorel pergi Pudu pastu naik bas pergi Ipoh.memang satu perjalanan yang panjang.tapi bagi aku bila lagi nak rasa pengalaman mengembara sendiri kan..hahah walaupun bukan lah jauh mana pun Ipoh tu...Nanti sampai di stesen Ipoh cousin aku akan jemput aku.Banyak benda yang aku belajar dalam perjalanan aku secara solo ni.sebab ni kali pertama aku nak pergi sana.

        Pengajaran yang paling besar yang aku belajar ialah jang malu untuk bertanya.Betul lah kata orang tua "malu bertanya sesat jalan". Masa tu aku tengah tunggu monorel nak pergi Pudu. tiba-tiba aku disapa oleh seorang kakak yang bertanya adakah dia berada di platform yang betul untuk ke Pudu. Aku pun mejawab "ya" selepas itu kami mula bercerita.Rupanya dia juga seorang mahasiswa tahun 4 dari UPM tengah ambil medic.Dia nak balik Kampung di Kedah.

       Ketika kami telah sampai di stesen Pudu, dialah yang menemankan aku untuk pergi membeli tiket.aku terharu dengan sifatnya yang sungguh baik.siap bagi nasihat supaya aku tidak membeli tiket yang bukan dijual di kaunter.Aku berpisah dengan dia sebelum aku sempat menanyakan namanya malah untuk berterima kasih juga aku lupa sebab aku di suruh cepat kerana bas yang aku hendak naiki itu akan bertolak sebentar lagi.

       "terima kasih kawan" aku ucapkan di dalam hati ketika bas yang aku naiki mula bertolak menuju ke Ipoh.Semoga kebaikannya akan dibalas dengan kebaikan yang lebih besar....


      
perjalanan yang jauh dimulakan dengan satu langkah yang kecil
semoga kebaikanmu dibalas oleh-Nya dengan 1000 kebaikan yang lain


      

 
  

Thursday 10 April 2014

SYRIA


SYRIA




PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.


Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat.


Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan.


Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.


Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.


Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ) Ahli Sunnah Waljamaah.


Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.


Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni.




Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.




Jika ditanya mengapa isu syria ini begitu dekat di hati aku adalah kerana punca peperangan ini terjadi.apabila sang pemimpin sendiri benci dengan rakyatnya mustahil dia akan berusaha untuk memajukan rakyatnya sendiri.Negara Syria dijadikan seperti miliknya yang mutlak dan kekayaan negara itu adalah untuk keluarga dan kroninya sendiri sahaja.


Perbezaan kepercayaan telah menyebabkan rakyatnya ditindas dan dibunuh tanpa perikemanusiaan. Kerana sifat dengki sang pemimpin sanggup melihat rakyatnya mati kebuluran.


Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila umat Islam sendiri tidak mengetahui isu Syria ini.Aku tidak tahu sama ada mereka memang tidak tahu atau pura-pura tidak tahu.sama ada mereka malas mencari atau mereka merasa isu ini terlalu asing buat mereka..



Semoga mujahidin di Syria akan terus bertahan di sana untuk membebaskan Syria daripada penguasaaan Bashar Al-Assad.Semoga umat Islam di seluruh dunia membuka mata dan sama-sama mendoakan agar saudara kita di sana akan memperoleh kemenangan akhirnya..