Sunday 16 March 2014

warna dan personaliti




Warna Merah

Warna merah melambangkan kekuatan, keberanian, cita-cita, tenaga fizikal, kepimpinan, kegembiraan dan semangat. Mereka yang menggemari warna merah ini mampu menjadi ketua yang baik dan pengikut yang boleh membuat kerja.

Namun, penggemar warna ini sering dikaitkan dengan kemarahan, tidak sabar, tidak selesa dan mudah terganggu perasaan. Jangan memakai warna merah sekiranya anda rasa kecewa atau bertemu dengan individu yang anda tidak sukai.

Warna Oren

Warna oren dikaitkan dengan kegembiraan, kreativiti, keyakinan, kesukanan, gemar kepada aktiviti sosial serta alam kanak-kanak. Sikap positif warna oren dapat membantu mengurangkan perasaan rendah diri, kasihan pada diri sendiri, mengurangkan kedukaan dan sifat enggan memaafkan.

Penggemar warna oren ini juga mampu menjadi sahabat atau pasangan yang baik, menarik dan suka menolong orang lain yang berada dalam kesusahan.

Warna Putih

Warna putih melambangkan kesempurnaan, kesucian, kesegaran, spiritual. keikhlasan dan warna yang menyejukkan. Personaliti orang yang menggemari warna putih ini berpegang teguh kepada hal dan kepercayaan diri sendiri tetapi agak enggan membincangkan dengan orang lain.

Individu ini sering mengutamakan apa yang penting kepada diri sendiri. Mereka yang memilih warna ini biasanya suka membuat pemerhatian terhadap orang lain dan kadang-kala cuba masuk dalam kelompok atau persekitaran tersebut tetapi melihat diri sendiri sebagai seseorang yang istimewa.

Merah Jambu

Warna merah jambu sering kali dikaitkan dengan lambang kasih sayang, kelembutan, sensitiviti, kewanitaan dan kemanjaan. Di sebalik mempunyai sifat positif, warna merah jambu ini juga sering kali dikaitkan dengan ke anak-anakkan, kurang matang, kendiri rendah serta mudah berubah-ubah.

Warna ini juga memnyebabkan individu cepat merasa lemah semangat, lesu, rapuh serta sering memerlukan rasa disayangi. Dicadangkan agar tidak memakai dan menggunakan warna ini dalam situasi yang agak rapuh, tidak selamat dan rasa terasing.

Warna Hitam

Warna hitam melambangkan kesugulan, kemurungan, kekeliruan, ketakutan serta penyingkiran. Seseorang yang mempunyai personaliti ini boleh menjadi ahli statistik yang baik, tekun membuat tugasan sehingga siap serta mengutamakan kesempurnaan.

Individu yang menggemari warna ini lebih suka menyimpan sesuatu perkara pada diri sendiri, tidak mahu diusik, meletakkan sempadan di antara dirinya dengan orang lain dan mempertahankan emosi, tidak mahu orang lain mengambil kesempatan ke atas diri sendiri dan agak moody.

Warna Coklat

Warna coklat warna yang penuh dengan kestabilan serta konservatif. Personaliti coklat mempunyai stamina yang tinggi, sabar, tetap pendirian, sangat berhati-hati dan cerewet, boleh diharap, bertanggungjawab, tidak terburu-buru dan gigih dalam apa yang diusahakannya.

Namun, mereka yang meminati warna coklat ini dikatakan kurang fleksibel dalam membuat sesuatu keputusan dan degil. Anda disarankan untuk memilih warna coklat apabila bersedia untuk bekerja keras dan mempunyai tugasan besar.

Warna Hijau

Warna hijau adalah warna yang segar kerana ia adalah warna yang ada pada alam sekitar. Warna hijau ini boleh membangkitkan rasa gembiria, daya pemikiran yang baik, optimistik, bijak berkomunikasi, tinggi daya intelek, keyakinan, suka kepada kebebasan, aktif, pandai memujuk, tidak mementingkan diri sendiri, boleh dipercayai dan berfikiran terbuka.

Warna Kuning

Personaliti individu yang menggemari warna kuning boleh menjadi ketua yang baik dan membuat pertimbangan yang sebaik mungkin sebelum membuat keputusan. Sesorang yang berfikiran bisnes dan selalu ingin dipandang sebagai orang yang berilmu.

Individu ini juga tidak begitu bergantung kepada orang lain, ingin selalu kelihatan kemas dan berketerampilan tinggi. Warna kuning juga dikaitkan dengan sifat kurang penyabar dan emosional.

Warna Biru

Warna biru sering dikaitkan dengan individu pemikir, penyabar, tenang, romantik, teratur, praktikal, berstruktur, kesungguhan terhadap tugas yang diberikan dan terlalu berhati-hati serta menunjukkan keyakinan dalam komunikasi.

Individu yang menggemari wara biru ini kadang-kadang boleh menjadi konservatif, kurang mempercayai orang lain dan terlalu kritikal terhadap diri sendiri serta juga orang lain.






Saturday 8 March 2014

SBPUBK

         SBPUBK atau nama penuhnya Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang merupakan buku yang aku baru saja abis baca..terlalu banyak yang boleh dibincangkan daripada buku ini dan terlalu banyak benda yang berlaku dalam sistem pendidikan negara yang selama ini tidak pun aku tahu.
        
         Pada 5.3.2014 yang lalu aku bertuah kerana penulis buku ini Zul Fikri Zamir sendiri telah datang ke UKM yang dijemput utk menjadi salah seorang panelist dalam Sembang Santai yang membicarakan isu PBS dan perubahan dalam pendidikan negara.


*Tujuan asal Pendidikan iaitu memanusiakan kembali manusia.

*Pendidkan itu bukan berpusat di Putrajaya , tp berpusat di bilik darjah. 
*Puncak ilmu ialah apabila ilmu tersebut kembali kepada masyarakat.
*Di bahu mahasiswa terbeban 1 tanggungjawab terhadap masyarakat.
*Belajar itu sendiri adalah perayaan & penghargaan pada diri.